Rabu, 13 Oktober 2010

kajian tempatan

Pendahuluan
Saya Nur atikah murid tingkatan 1 cempaka di Sekolah Menengah Kebangsaan(F)Besout.Saya dan rakan-rakan serta semua pelajar tingkatan satu menjalankan kajian tempatan.
               Saya bersama seorang rakan sekelas iaitu siti faridah telah menjalankan kajian ini.Kami berbincang dengan guru kami dan memilih isu semasa geografi sebagai tema kajian tempatan kami.Kami mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber tentang isu yang hendak di kaji.Tajuk kajian kami ialah kesan terhadap manusia terhadap alam sekitar di besout.
                 Kami dikehendaki menjalankan kajian luar untuk mengumpul maklumat,memerhati,menyoal,merekod dan menulis laporan tentang hasil kajian.
Objektif kajian ini ialah
1.Mengenal pasti kepentingan jalan raya pada penduduk besout.
2.Mengenal pasti bentuk muka bumi di kawasan pembinaan di besout Slim River.
3.men.gkaji kesan pembinaan jalan raya terhadap bentuk muka bumi di kawasan  pembinaan di Besout Slim River.

kawasan kajian
Saya  telah memilih kawasan  (F)Gunung besout sebagai kawasan kajian saya.Rasionalnya ialah kawasan ini terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya,iaitu kira-kira 5 kilometer dari rumah saya.Oleh itu,ini memudah saya menjalankan kajian ini.
     Felda Gunung Besout terletak di Sungkai dalam Daerah Batang Padang.Bilangan penduduk yang tinggal di Felda Gunung Besout ini kira-kira 500 orang keatas sahaja.Kebanyakan daripada mereka beragama islam.Kegiatan utama penduduknya ialah penanaman kelapa sawit.

 Hasil kajian 
Sebahagian besar daripada kepentingan jalan raya pada penduduk besout ialah dapat memudahkan perjalanan dari besout ke Slim River.Jalan raya ini juga dapat membantu kerja-kerja bomba dan penyelamat.Selain itu,jalan raya juga dapat membantu kerja-kerja pembaikpulih.
     Bentuk muka bumi di kawasan pembinaan di besout,Slim River terdiro daripada tanah pamah yang rata.Penduduk di sini telah  menggunakan kawasan tanah untuk pembinaan jaan raya dan kawasan pertempatan.
     Kesan pembinaan jalan raya terhadap bentuk muka bumi di kawasan pembinaan di besout,Slim River berpunca daripada pembanggunan ekonomi di Tanjung Malim.

 Rumusan
Saya meyedari betapa bertuahnya peduduk Felda Gunung Besout.kawasan kediaman mereka mempuyai banyak keistimewaan.Kawasan tanah pamahnya berpotensi untuk dimajukan bagi pertempatan dan pembinaan jalan raya.penduduknya telah menyesuaikan,dan megubahsuai p[elbagai bentuk muka bumi untuk kesejahteraan hidup mereka.